Perkawinan ialah untuk menghalalkan silaturahim antara dua insan supaya mereka dapat berkongsi sebuah kehidupan lebih daripada hubungan yang biasa.
Suami isteri ibarat penyatuan dua hati, segala-galanya dikongsi, hingga tiada apa yang membatasi melainkan qada dan qadar Allah jugalah yang memisahkan jodoh mereka di dunia ini.
Sungguhpun begitu, ada perkahwinan yang tidak dapat menterjemahkan objektif ibadah itu, walaupun hampir setiap pasangan berkahwin tahu keharmonian rumah tangga dapat dicapai melalui kesepakatan suami isteri menunaikan hak serta tanggungjawab masing-masing terhadap pasangan.
Penulis pasti mereka yang tidak menunaikan kewajipan sebagai suami isteri bukan tidak arif akan hal itu, tetapi sengaja membutakan mata dan pekakkan telinga kerana tidak mahu menunaikan tanggungjawab yang dianggap sebagai beban.
Sedangkan dalam Islam, suami isteri saling menggalas tanggungjawab dalam urusan rumah tangga dan tiada beza antara kedua-duanya, melainkan suami mempunyai lebih banyak tanggungjawab, sesuai dengan fitrah mereka.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Daripada Abdullah bin Umar, berkata ya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Seorang lelaki adalah pemimpin dalam urusan keluarganya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepemimpinannya. Seorang isteri adalah pemimpin dalam mengurus rumah tangga suaminya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepemimpinannya.” (Hadis riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Penulis pasti mereka yang tidak menunaikan kewajipan sebagai suami isteri bukan tidak arif akan hal itu, tetapi sengaja membutakan mata dan pekakkan telinga kerana tidak mahu menunaikan tanggungjawab yang dianggap sebagai beban.
Sedangkan dalam Islam, suami isteri saling menggalas tanggungjawab dalam urusan rumah tangga dan tiada beza antara kedua-duanya, melainkan suami mempunyai lebih banyak tanggungjawab, sesuai dengan fitrah mereka.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Daripada Abdullah bin Umar, berkata ya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Seorang lelaki adalah pemimpin dalam urusan keluarganya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepemimpinannya. Seorang isteri adalah pemimpin dalam mengurus rumah tangga suaminya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepemimpinannya.” (Hadis riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Tetapi, disebabkan tiada persefahaman, suami isteri yang sepatutnya menjadi inti kerukunan rumah tangga tidak mampu menjadikan perkahwinan sebagai sebab untuk berbahagia, sebaliknya saling menyakiti antara satu sama lain hingga syurga didiami bersama menjadi neraka.
Ini jugalah yang membawa kepada masalah lebih buruk iaitu bencana keganasan dalam rumah tangga, malah berbunuhan antara suami isteri, selepas mereka lupa akad dan janji.
Keganasan dalam rumah tangga sering dianggap sebagai urusan peribadi yang tidak memerlukan campur tangan orang lain. Ada suami atau isteri yang sanggup membiarkan diri mereka dizalimi pasangan kerana menganggap hal itu lumrah dalam rumah tangga.
Seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) mentakrifkan keganasan rumah tangga bukan hanya penderaan fizikal yang memerlukan bukti kecederaan pada anggota badan, merangkumi perbuatan mengancam mangsa untuk melakukan kecederaan fizikal.
Begitu juga paksaan melakukan aktiviti seksual secara kejam dan di luar batasan manusia. Walaupun Islam menghalalkan hubungan intim suami isteri, tetapi ia tidaklah sehingga menzalimi, kerana Islam menentang kezaliman.
Undang-undang Malaysia juga tidak membenarkan suami atau isteri mengurung atau menahan pasangan masing-masing tanpa kerelaan mangsa, melakukan khianat, kemusnahan, kerosakan kepada harta dengan niat menyebabkan kesedihan dan kegusaran kepada mangsa.
Dalam Islam, kegagalan suami atau bapa suami memberi nafkah dan keperluan asas kepada isteri juga salah satu bentuk penganiayaan dalam rumah tangga kerana nafkah adalah hak isteri yang wajib disempurnakan suami atau orang yang menanggungnya.
Bencana rumah tangga banyak disebabkan kegagalan suami menunaikan tanggungjawab selain kejahilan isteri mengenai hak mereka untuk menuntut nafkah daripada bapa, datuk mentua atau sesiapa yang menanggung suami untuk melangsaikan tanggungjawab itu.
Penganiayaan juga berlaku apabila pasangan melakukan sesuatu yang memalukan atau menjatuhkan maruah suami atau isteri, kerana antara tanggungjawab pasangan berkahwin ialah menjaga kehormatan dan aib antara suami isteri.
Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kebanyakan mangsa keganasan rumah tangga adalah isteri, tetapi tidak bermakna tiada suami yang menjadi mangsa. Dari 2003 hingga 2006, Pulau Pinang menunjukkan bilangan tertinggi mangsa terdiri daripada suami walaupun bilangan mangsa dalam kalangan isteri jauh lebih tinggi.
Masalah ini boleh dibendung jika setiap pasangan tahu punca menyebabkan berlakunya keganasan rumah tangga serta berusaha sedaya upaya menamatkan situasi sedemikian.
Mereka juga perlu tahu keganasan rumah tangga bukan masalah ‘peribadi’ yang tidak perlu campur tangan pihak boleh membantu. Justeru, bantuan ahli keluarga lebih tua atau bantuan kaunseling daripada pakar mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah dan mencari titik penyelesaian.
Selain itu, jika keganasan menyebabkan kecederaan, mangsa perlu mendapatkan rawatan perubatan dan membuat laporan polis. Mangsa juga mungkin memerlukan Perintah Perlindungan (PO) atau Perintah Perlindungan Interim (IPO) daripada JKM supaya tidak berterusan menjadi mangsa.
Namun, jika ada yang menganggap keganasan rumah tangga adalah masalah ‘peribadi’ dalam ruang privasi yang tidak perlu ditangani, tentulah sukar untuk mempertahankan mahligai yang dibina walaupun asalnya untuk menyatukan dua hati.
Good lifesytle article guy, thanks. You can view my website
BalasHapus